~BINGKISAN SANUBARI :

Imam Ghazali = “Apa yang paling berat didunia ini ?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. (QS: Al-Azab : 72) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Perasmian Blog Badan Kepimpinan Pelajar SMKA Sharifah Rodziah.

Ucapan Perasmian Blog BKP Daripada Ketua Pemimpin Pelajar Umum Sesi 2011-2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.Salam Kepemimpinan.
"Kepimpinan berkesan membawa kesatuan ummah"

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapatlah kami, Badan Kepimpinan Pelajar SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka menghasilkan blog ini. Blog ini telah digunakan secara rasminya pada bulan Julai iaitu selepas Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SMKA Sharifah Rodziah bagi sesi 2011-2012.



Kami, Badan Kepimpinan Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bonda Pengetua, Puan Hajah Hamizah Hassan atas kesudian beliau mengizinkan kami menghasilkan blog ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan khusus kepada Guru Penasihat Badan Kepimpinan Pelajar, Puan Norkhayati Ngosman dan Guru Disiplin SMKASR, Puan Zarina Burhan atas sokongan dan dorongan yang telah dihulurkan kepada kami.

Di samping itu, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada dua orang pemimpin pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan blog ini disiapkan pada waktu yang telah dipersetujui. Mereka yang dimaksudkan ialah saudari Hanis Yasmin Abd Rahim dan saudari Nursyahira Ishak.

Akhir kalam, saya mewakili pemimpin-pemimpin pelajar SMKASR bagi sesi 2011/2012 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga As-Sharifah yang telah menghulurkan sokongan,dorongan dan bantuan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Semoga Yang Maha Esa membalas segala kerjasama yang telah anda hulurkan. Amin.

Selain itu, kami dari pihak Badan Kepimpinan Pelajar SMKA Sharifah Rodziah sesi 2011/2012 amat berbesar hati dan berterima kasih kepada anda atas kesudian mengunjungi blog kami ini. Kami berharap agar anda berpuas hati dan sekiranya terdapat sebarang kesulitan, amatlah dikesali.

Sekian, Terima Kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Ketua Pemimpin Pelajar Umum SMKASR Sesi 2011/2012
Cik Nur Hikmah Abd.Ghapar
"Kepimpinan berkesan membawa kesatuan Ummah"

No comments: