~BINGKISAN SANUBARI :

Imam Ghazali = “Apa yang paling berat didunia ini ?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. (QS: Al-Azab : 72) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Didik Naqibat Terdidik Ummah !


Bismillah,
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerna kita masih diberi kesempatan untuk terus tinggal di bumi Allah ini tanpa sebarang kesulitan . Kali ini , BKPSMKASR ingin berkongsi tentang salah satu aktiviti yang telah dijalankan beberapa hari yang lalu . 
Aktiviti yang dimaksudkan ialah 'Kem Naqibat SMKASR bagi tahun 2012'.

Untuk makluman, aktiviti ini merupakan antara aktiviti wajib bagi SMKASR . 
Dengan berakhirnya kem naqibat ini , maka secara tidak langsung 
 bermulalah program  USRAH pada  tahun ini . 

Kem atau kursus naqibat pada tahun ini telah dilaksanakan atas kerjasama daripada BADAR As-Sharifah dan Winner Train & Consultancy yang dibawa khas dari Kuala Lumpur . 
Alhamdulillah kem ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya . Mudah-mudahan segala input yang diberi sepanjang kem tersebut dapat diaplikasikan oleh semua naqibat bagi mewujudkan usrah yang ceria dan berkesan . Insya -Allah . 
Sama-samalah kita saksikan video khas yang telah disediakan oleh fasilitator dari WINNER Train & Consultancy . Wallahu'alam . 




Kepada penceramah dan para fasilitator dari WINNER Train & Consultancy , BKP mewakili semua naqibat As-Sharifah merakamkan ribuan terima kasih atas ilmu yang telah diberikan . 
Syukran kathiran ( ^ __ ^ )
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ustaz DaingFadzil atas video yang telah disediakan .
Semoga kita akan memperoleh keberkatan dari-Nya . Amin .


Ayuh! Mari Hidupkan Kembali Sunnah Baginda !

Bismillah,

SalaManiSemaniSenyumanmu ^ ^
Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1433 M ini, Badan Dakwah dan Kerohanian akan melaksanakan satu program khas khusus untuk mengimarahkan lagi bulan kelahiran baginda SAW . Antara aktiviti yang telah dirancang adalah seperti , 5 minit mengenali Rasulullah SAW, kuiz , mencipta sajak , penggunaan bahasa Arab dalam tutur kata harian ,  dan lain-lain .
Justeru, kerjasama daripada semua warga As-Sharifah sepanjang program khas ini dijalankan amatlah dihargai . Mudah-mudahan melalui aktiviti seperti ini, kita dapat mengambil iktibar daripada kisah-kisah umat terdahulu khususnya baginda SAW , di samping menambahkan lagi tahap ketaqwaan kita kepada Tuhan sekalian alam .

Oleh itu,  BKPSMKASR dengan sukacitanya ingin berkongsi tentang salah satu daripada sunnah baginda SAW iaitu kaedah memotong kuku mengikut sunnah yang sebenarnya . Akan tetapi , setelah kita ,mengetahuinya , jangan sesekali kita lupa dengan ilmu tersebut kerna , pepatah Arab ada menyebut ; " Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah " . Akhir kalam , selamat mencuba ! :D


Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam, Idola Terhebat

SalaManiSeindaHarIni,
Sempena bulan kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW, BKPSMKAR ini berkongsi sedikit cerita tentang saat kewafatan baginda SAW. Moga-moga perkongsian ini akan dapat membuka pintu hati kita untuk lebih mengenali baginda. Insya-Allah .


Kepalaku! kata Aisyah. Baginda Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi lewat malam tadi. Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut. Baginda menyedarinya. Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku! kata Baginda sallallaahu alayhi wa sallam. 
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega. Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga. Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat. 

Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!, usik sang suami. Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup! si isteri tersentak dengan gurauan sang suami. Merajuk. Nabi sallallaahu alayhi wa sallam ketawa. 

Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa. SAKIT YANG BERTAMBAH malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang. Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut! Esok aku di mana? Esok aku di mana? Baginda sallallaahu alayhi wa sallam bertanya.

Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih sedar akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri. Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain. Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.

Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi. Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya. Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya? 

Hari-hari terakhir Baginda sallallahu alayhi wa sallam, Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu anha: Tatkala Baginda sallallaahu alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam. Selamat datang wahai anakandaku , Baginda sallallaahu alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya. Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Anakanda itu menangis. Kemudian Baginda sallallaahu alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya. Fatimah ketawa. 

Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu anha bertanya, apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa? Fatimah menjawab, Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam! 
Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam dahulu? Kata Fatimah, ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya! Baginda sallallaahu alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah! Aku menangis.
Kemudian Baginda sallallaahu alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku! Aku ketawa.

 Sesungguhnya, Fatimah radhiyallahu anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah sallallaahu alayhi wa sallam! 

DETIK SEMAKIN HAMPIR Dhuha itu tepu dengan kegelisahan. Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu alayhi wa sallam kepada Abu Bakar dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan. Badan Baginda sallallaahu alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian. Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid! bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

 Aisyah radhiyallahu anha meneruskan catatannya: Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda. Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku! Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu. Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi. Ketika Baginda sallallaahu alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti. 
Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini! Baginda sallallaahu alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana. Leher Baginda sallallaahu alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah. 

Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini. Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raajiun.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56] 
Artikel asal: www.saifulislam.com http://www.perdiqmakpmb.blogspot.com/ 

Hayatilah lirik lagu ini : 
" Kau masih tersenyum mengubat lara . Selindung derita yang kau rasa
  Senyuman yang mententeramkan .  Setiap insan yang kebimbangan
  Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita .  Di pangkuan isterimu Humaira
  Menunggu saat ketikanya . Diangkat rohmu bertemu Yang Esa  
  Tangan dicelup di bejana air . Kau sapu di muka mengurangkan pedih  
  Beralun zikir menutur kasih pada umat dan akhirat .  
Dan tibalah waktu ajal bertamu. Penuh ketenangan jiwamu berlalu . 
 Linangan air mata syahdu . Iringi pemergianmu 
  Oh sukarnya untuk umat menerima . 
Bahkan payah untuk Umar mempercaya 
  Tetapi iman merelakan jua .  Bahawa manusia...kan mati akhirnya 
  Tak terlafaz kata mengungkap hiba . Gerhanalah seluruh semesta 
  Walaupun kau telah tiada . Bersemarak cintamu selamanya 
  Ya Rasulullah.. Kau tinggalkan kami warisan yang abadi 
Dan bersaksilah sesungguhnya Kami merinduimu "

Jika anda berminat, kami juga menyediakan video lagu tersebut,




Akhir kalam , semoga kita akan sentiasa berusaha untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda agar kita memperoleh syafaatnya di akhirat kelak . Dan , jadikanlah Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam sebagai idola hidup kita, kerna tiada sehebat-hebat manusia di dunia ini melainkan baginda . Jika bukan kita, umat Islam sendiri yang menjadikan baginda sebagai sumber inspirasi, siapa lagi yang akan berbuat demikian? 
Hentikanlah meletakkan artis-artis, tokoh-tokoh atau sbgnya sebagai idola kerna tiada manusia yang sempurna di dunia melainkan baginda . Jangan pernah merasa malu untuk berbuat demikian . Hiraukan tanggapan orang lain kerna , selagi mana hati kita tertulis nama Islam , berbanggalah dengan Insan Teragung iaitu Nabi Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam . Eidul Milad, Ya Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam . Kami merinduiMu .

Waallahualam . 

^ ^ Short Story ~ The 4 Wives



There was a rich merchant who had 4 wives. He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies. He took great care of her and gave her nothing but the best.
He also loved the 3rd wife very much. He's very proud of her and always wanted to show off her to his friends. However, the merchant is always in great fear that she might run away with some other men.

He too, loved his 2nd wife. She is a very considerate person, always patient and in fact is the merchant's confidante. Whenever the merchant faced some problems, he always turned to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.
Now, the merchant's 1st wife is a very loyal partner and has made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.

One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon. He thought of his luxurious life and told himself, "Now I have 4 wives with me. But when I die, I'll be alone. How lonely I'll be!"
Thus, he asked the 4th wife, "I loved you most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No way!" replied the 4th wife and she walked away without another word.The answer cut like a sharp knife right into the merchant's heart.

The sad merchant then asked the 3rd wife, "I have loved you so much for all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No!" replied the 3rd wife. "Life is so good over here! I'm going to remarry when you die!" The merchant's heart sank and turned cold.


He then asked the 2nd wife, "I always turned to you for help and you've always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?" "I'm sorry, I can't help you out this time!" replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave." The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.

Then a voice called out : "I'll leave with you. I'll follow you no matter where you go." The merchant looked up and there was his first wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition. Greatly grieved, the merchant said, "I should have taken much better care of you while I could have !"

Actually, we all have 4 wives in our lives
a. The 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it'll leave us when we die.
b. Our 3rd wife ? Our possessions, status and wealth. When we die, they all go to others.
c. The 2nd wife is our family and friends. No matter how close they had been there for us when we're alive, the furthest they can stay by us is up to the grave.
d. The 1st wife is in fact our soul, often neglected in our pursuit of material, wealth and sensual pleasure.


Guess what? It is actually the only thing that follows us wherever we go. Perhaps it's a good idea to cultivate and strengthen it now rather than to wait until we're on our deathbed to lament.





Glosary : confidantea woman to whom secrets are confided or with whom privatematters and problems are discussed; devastated, to overwhelm.

Perkongsian Kisah Menarik...

Bismillah....Assalamualaikum ,
Minggu ini merupakan minggu kedua sebelum berakhirnya tahun 2011. Pelbagai kenangan indah mahupun pahit telah dilalui sepanjang tahun 2011....Mudah-mudahan segala apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai satu titik permulaan untuk kita semua terus mencapai kecemerlangan hidup sama ada di dunia mahupun di Akhirat kelak. Wallahu'alam...

Di sini, BKP SMKASR ingin berkongsi satu kisah. Mungkin ada di antara kita yang pernah membaca kisah ini, namun tak salah rasanya kalau kita membacanya buat kali kedua kan? Jadi selamat membaca :)

(gambar di bawah hanya hiasan semata-mata)



Wanita Purdah dan Kubur.
(Kisah ini diambil dari seorang kenalan di Facebook...)

Suatu kisah... 



Tahniah kepada para pelajar tingkatan 3 ^__^ Kami bangga dengan anda!!!

Assalamualaikum buat warga As-Sharifah yang dikasihi,


Kami daripada BKP SMKASR ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar tingkatan 3 yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Seramai 87 orang pelajar telah berjaya mencapai keputusan 9A dan secara keseluruhan sekolah kita 100% lulus. Alhamdulillah. 

Pasti adik-adik yang berjaya dengan cemerlang tidak dapat melupakan detik-detik indah saat diumumkan sebagai salah seorang pelajar yang mendapat keputusan 9A, bukan?.....Oleh itu, jadikanlah kejayaan ini sebagai titian untuk terus maju ke hadapan....Maan Najah !!! 

Walau bagaimanapun, hasil kejayaan ini adalah hasil usaha sama para guru tercinta dan juga usaha para pelajar tingkatan3 sendiri. Kami berharap agar kejayaan ini dapat diteruskan lagi dalam pencapaian SPM tahun 2011. Insyallah (^__^)  Buat kakak-kakak tercinta, semoga anda memperoleh  keputusan yang cemerlang. Kami di sini sentiasa mendoakan kejayaan anda!

Tetapi, bagi adik-adik yang tidak berjaya mencapai apa yang diimpikan, tidak mengapa. Pasti ada hikmah disebalik apa yang telah Allah SWT tentukan dalam kehidupan kita. Apa yang penting, kita perlu lebih kuat berusaha untuk memperbaiki kesilapan kita.

Akhir kata, kepada para pelajar tingkatan3 bagi tahun 2011, teruskan usaha untuk menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan Akhirat. Buat adik-adik yang lain, jadikan kejayaan kakak tingkatan 3 ini sebagai motivasi buat anda untuk terus melakar sejarah bagi diri anda sendiri dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi sekolah kita. Insyallah :) (^___^)

YA ALLAH, AMPUNILAH HAMBA MU INI ! ~sekadar perkongsian

Lagu ini telah diperdengarkan oleh BKP SMKASR ketika Malam Sakharatul Maut yang telah diadakan pada awal bulan Ramadhan di Dewan As-Sharifah. Tetapi bukan itu yang ingin dikongsikan, BKP SMKASR amat berharap agar semua yang mengikuti blog ini boleh menghayati lirik indah di sebalik lagu ini....

PERANCANGAN AKTIVITI 2012.....insya-Allah akan terlaksana~

Sebelum berakhinya tahun penuh cabaran 2011, para pemimpin pelajar SMKASR telah mengadakan satu perjumpaan terakhir bagi tahun 2011. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah permohonan sumbangan daripada pihak luar untuk memperkasa BKP SMKASR ini.
Berikut merupakan contoh surat sumbangan tersebut:


Badan Kepemimpinan Pelajar,                                                                            Ruj. Kami: SMKASR 700-14/8(1/11)                     SMK (A)  Sharifah Rodziah,                                                                              Tarikh: 1 DESEMBER 2011       75460 Telok Mas, Melaka.                                                                    
Melalui,
Tuan Pengetua,
SMK (A) Sharifah Rodziah,
75460 Telok Mas, Melaka.

Kepada,
Sesiapa yang berkenaan,

Tuan/puan,

PER : MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PELAKSANAAN AKTIVITI BADAN KEPEMIMPINAN PELAJAR



Bulan Transformasi Dakwah 2011




Assalamualaikum warahmatullah

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) 2011 / 2012 SMKA Sharifah Rodziah telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang  melibatkan kerja-kerja amal terutamanya pada minggu akhir Ramadhan. 

Objektif utama kerja-kerja amal ini dijalankan adalah untuk menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim para pelajar dengan masyarakat setempat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pembersihan Rumah Orang Tua. Aktiviti ini telah diadakan pada 23 Ogos 2011. Kami melawat rumah Hajah Rahmah. Hajah Rahmah tinggal bersama anak lelakinya yang bekerja sebagai pegawai keselamatan. Seramai 7 orang pelajar Tingkatan 4 telah melibatkan diri dalam kerja amal ini termasuk 2 orang pemimpin pelajar. Alhamdulillah setelah 2 jam membersihkan rumah dan kawasan persekitaran, terdapat banyak perubahan yang berlaku. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil :

Kursus Kepimpinan Pelajar 2011/2012


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum warahmatullah. Salam Kepemimpinan.

Buat pengetahuan anda semua, Badan Kepimpinan Pelajar SMKA Sharifah Rodziah telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar di Pusat Latihan Kemas, Serkam. Seramai 69 orang pelajar yang terdiri daripada pemimpin pelajar, pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber telah melibatkan diri dalam kursus ini. Kursus ini diadakan pada 1 Julai 2011 hingga 2 Julai 2011.

Setibanya para peserta pada pukul 2 petang, para peserta dibahagikan kamar masing-masing. Kursus dimulakan dengan sesi taaruf  bersama para fasilitator dari Ahadan Coach iaitu, Coach Amirul Fadzli, Coach Erwandi dan Kak Hidayah. Segala aktiviti yang dijalankan sememangnya banyak mengajar kami cara-cara melaksanakan tanggungjawab kami dengan sebaik-baiknya. Sememangnya aktiviti-aktiviti yang diadakan sangat menarik.

Pelantikan Pemimpin Pelajar Sesi 2011-2012




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Salam Kepemimpinan. 

Pertama sekali, bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana dengan kurniaan-Nya dapatlah kami mewujudkan blog BADAN KEPIMPINAN PELAJAR (SMKA) SHARIFAH RODZIAH. Blog ini diwujudkan adalah bertujuan untuk merekod segala aktiviti-aktiviti penting dan bermakna yang diadakan oleh Badan Kepimpinan Pelajar sesi 2011/ 2012. 

Tanggal 27 Jun 2011, Pelantikan Pemimpin Pelajar bagi sesi 2011/ 2012 telah diadakan. Seramai 43 orang pemimpin pelajar telah dilantik. Antara para pelajar yang telah diiktiraf sebagai pemimpin pelajar sesi 2011- 2012 ialah :

Perasmian Blog Badan Kepimpinan Pelajar SMKA Sharifah Rodziah.

Ucapan Perasmian Blog BKP Daripada Ketua Pemimpin Pelajar Umum Sesi 2011-2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.Salam Kepemimpinan.
"Kepimpinan berkesan membawa kesatuan ummah"

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapatlah kami, Badan Kepimpinan Pelajar SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka menghasilkan blog ini. Blog ini telah digunakan secara rasminya pada bulan Julai iaitu selepas Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SMKA Sharifah Rodziah bagi sesi 2011-2012.