~BINGKISAN SANUBARI :

Imam Ghazali = “Apa yang paling berat didunia ini ?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. (QS: Al-Azab : 72) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

PERANCANGAN AKTIVITI 2012.....insya-Allah akan terlaksana~

Sebelum berakhinya tahun penuh cabaran 2011, para pemimpin pelajar SMKASR telah mengadakan satu perjumpaan terakhir bagi tahun 2011. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah permohonan sumbangan daripada pihak luar untuk memperkasa BKP SMKASR ini.
Berikut merupakan contoh surat sumbangan tersebut:


Badan Kepemimpinan Pelajar,                                                                            Ruj. Kami: SMKASR 700-14/8(1/11)                     SMK (A)  Sharifah Rodziah,                                                                              Tarikh: 1 DESEMBER 2011       75460 Telok Mas, Melaka.                                                                    
Melalui,
Tuan Pengetua,
SMK (A) Sharifah Rodziah,
75460 Telok Mas, Melaka.

Kepada,
Sesiapa yang berkenaan,

Tuan/puan,

PER : MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PELAKSANAAN AKTIVITI BADAN KEPEMIMPINAN PELAJAR





Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kepemimpinan Pelajar SMKASR ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk melaksanakan beberapa aktiviti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
1.       Baju korporat pemimpin pelajar
2.       Mengadakan lawatan sambil belajar ke Jepun
3.       Mengemaskini bilik pemimpin pelajar

3.             Badan Kepemimpinan Pelajar SMKASR amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan sudi memberikan kerjasama dan keprihatinan dalam menjayakan matlamat murni ini.

4.             Atas kerjasama pihak tuan/puan , kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………..
(NUR HIKMAH BINTI ABD GHAPAR)
Ketua Pelajar Umum,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sharifah Rodziah,
75460 Telok Mas, Melaka.


Mengikut perancangan, surat ini akan diedarkan oleh para pemimpin SMKASR kepada ibu bapa mahupun mana-mana pihak yang berkenaan. Ini merupakan salah satu daripada aktiviti bagi memantapkan lagi BKP SMKASR. Semoga aktiviti seperti ini boleh dijadikan teladan dan BKP SMKASR amat berharap agar aktiviti ini akan berjalan lancar. AMIN YA RABBALAMIN...