~BINGKISAN SANUBARI :

Imam Ghazali = “Apa yang paling berat didunia ini ?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. (QS: Al-Azab : 72) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Bulan Transformasi Dakwah 2011




Assalamualaikum warahmatullah

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) 2011 / 2012 SMKA Sharifah Rodziah telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang  melibatkan kerja-kerja amal terutamanya pada minggu akhir Ramadhan. 

Objektif utama kerja-kerja amal ini dijalankan adalah untuk menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim para pelajar dengan masyarakat setempat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pembersihan Rumah Orang Tua. Aktiviti ini telah diadakan pada 23 Ogos 2011. Kami melawat rumah Hajah Rahmah. Hajah Rahmah tinggal bersama anak lelakinya yang bekerja sebagai pegawai keselamatan. Seramai 7 orang pelajar Tingkatan 4 telah melibatkan diri dalam kerja amal ini termasuk 2 orang pemimpin pelajar. Alhamdulillah setelah 2 jam membersihkan rumah dan kawasan persekitaran, terdapat banyak perubahan yang berlaku. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil :















Bukan itu sahaja, malah pembersihan Masjid Kampung Telok turut dijalankan. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 2 dan 2 orang pemimpin pelajar telah terlibat











Pada 24 Ogos 2011, pembersihan kubur di Tanah Perkuburan Telok Mas telah dijalankan. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 2 dan 2 orang pemimpin pelajar telah melibatkan diri dalam aktiviti ini.






Penyebaran risalah turut diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat setempat. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 telah diberi tugasan untuk menyebarkan risalah di 5 tempat yang berasingan iaitu SK Telok Mas, SMK Telok Mas, SMK Ayer Molek, kedai-kedai dan kawasan perumahan. Alhamdulillah, aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Berikut adalah sedikit selingan gambar yang diambil :








Sekian sahaja. BKP 2011/2012 berharap agar aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. INSYAALLAH. Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,
Setiausaha
Badan Pemimpin Pelajar
SMKA Sharifah Rodziah

No comments: