~BINGKISAN SANUBARI :

Imam Ghazali = “Apa yang paling berat didunia ini ?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. (QS: Al-Azab : 72) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Kursus Kepimpinan Pelajar 2011/2012


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum warahmatullah. Salam Kepemimpinan.

Buat pengetahuan anda semua, Badan Kepimpinan Pelajar SMKA Sharifah Rodziah telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar di Pusat Latihan Kemas, Serkam. Seramai 69 orang pelajar yang terdiri daripada pemimpin pelajar, pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber telah melibatkan diri dalam kursus ini. Kursus ini diadakan pada 1 Julai 2011 hingga 2 Julai 2011.

Setibanya para peserta pada pukul 2 petang, para peserta dibahagikan kamar masing-masing. Kursus dimulakan dengan sesi taaruf  bersama para fasilitator dari Ahadan Coach iaitu, Coach Amirul Fadzli, Coach Erwandi dan Kak Hidayah. Segala aktiviti yang dijalankan sememangnya banyak mengajar kami cara-cara melaksanakan tanggungjawab kami dengan sebaik-baiknya. Sememangnya aktiviti-aktiviti yang diadakan sangat menarik.







Para peserta mendengar taklimat dari fasilitator.


Aktiviti senamrobik pada waktu petang.


Larian satu murid satu sukan.


Aktiviti Dalam Kumpulan (LDK)

Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah 'Paper Aeroplane'. Permainan ini meminta kami untuk membina kapal terbang bagi tahun 2020. Sebenarnya permainan ini menguji minda kami bagaimana cara seorang pemimpin berfikiran jauh. Fikiran yang matang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin itu. Barulah sesuatu negara akan membangun dengan sempurna. Aktiviti yang paling menguji minda kami dan cara kami fokus terhadap tugas kami ialah berdiri di atas sepapan telur tanpa memecahkannya. Alhamdulillah, seramai 67 orang pelajar daripada 69 orang telah berjaya melakukannya. Permainan ini menunjukkan bahawa seseorang pemimpin itu mesti fokus dalam melaksanakan tugasnya dan sentiasa tenang. 

Pada 2/7/2011, pukul 6 petang, kami bertolak pulang ke SMKA Sharifah Rodziah. Sememangnya segala aktiviti yang diadakan sangat menarik. Semoga aktiviti seperti ini akan diadakan lagi kelak. InsyaAllah. 

Wassalamualaikum warahmatullah.

Disediakan oleh,
Setiausaha 
Badan Kepimpinan Pelajar
SMKASR


No comments: